Archive for October, 2012

Komponen E-Pembelajaran

Terdapat beberapa komponen penting yang terlibat dalam persekitaran e-pembelajaran ini seperti:

1-infrastruktur/perkakasan (ch. makmal komputer, komputer riba, talian rangkaian dan internet),

2-bahan kandungan pengajaran secara elektronik (ch. e-modul / multimedia courseware, nota kuliah secara elektronik, video dan audio),

3- sistem pengurusan e-pembelajaran (ch. Blackboard, WebCT, Moodle, Mambo, Learnmate, Lotus Learning Space, dan Kalaideskop),

4- kaedah komunikasi (ch. email, forum, chat, sms, dan email-group), polisi dan prosedur e-pembelajaran, dan sikap / amalan pengguna.

Rujuk web berikut untuk bacaan lebih lanjut: ‘Komponen e-Learning‘ dan ‘Explaining E-Learning to a Stranger’

Leave a comment »

Infrastruktur E-Pembelajaran

Infrastruktur E-Learning dapat berupa:

1. komputer / pc

komputer

                                                                              

jaringan komputer          

                      

                                                                                                                                                                  internet    

                                                                                                                                           

                                             kelengkapan multimedia/ cd pembelajaran interaktif

Bacaan lanjut: Aplikasi E-Learning dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah Malaysia :Isu dan Cadangan.

Leave a comment »

Teori-teori E-Pembelajaran

Teori Pembelajaran Sosial dan Humanis

Teori sosial atau neobehavioris menyarankan teori pembelajaran dengan menggabungkan mazhad behavioris dengan mazhad kognitif.

Teori Pembelajaran Sosial

Teori pembelajaran sosial melibatkan tiga unsur asas yang utama.  Di antaranya ialah individu (personal), persekitaran (enviroment) dan tingkah laku (behavior). Terdapat dua aspek kecekapan diri (self- efficacy) yang diaplikasikan dalam kajian ini iaitu kecekapan diri terhadap komputer dan kecekapan diri terhadap internet.

Bacaan lebih lanjut mengenai ini boleh didapati di dalam tesis bertajuk Kajian mengenai penggunaan E-Pembelajaran di kalangan pelajar jurusan Pendidikan Teknik dan Vokasional di Institusi Pengajian Tinggi (IPTA) negeri Johor oleh Ting Kung Shiung.

Di samping itu, anda juga boleh merujuk kepada video berikut :

Leave a comment »

Pedagogi e-Pembelajaran

Mari tonton video ini terlebih dahulu.. 🙂

Maka, apakah jawapan kepada soalan-soalan yang dikemukakan di dalam video itu sebentar tadi?

Menurut kertas kerja yang dihasilkan oleh Asia e University iaitu Dasar e-Pembelajaran Negara (DePAN) Untuk Institusi Pengajian Tinggi, pedagogi e learning meliputi :

  • online learning
  • distance learning
  • web-based learning
  • computer-aided instruction
  • network learning
  • interactive learning.

Bahan bacaan lanjut mengenai pedagogi boleh dibuat dengan merujuk buku berikut :

Pedagogi dan Pembangunan E-Pembelajaran di Institusi Pengajian Tinggi  dan Asas Pedagogi

Selain itu, terdapat 4 model strategi pelaksanaan e learning di sekolah yang boleh didapati di laman berikut: http://www.slideshare.net/niakpt6043/e-learning-4841

Pada pendapat saya, pedagogi e-learning merupakan satu kaedah pengajaran menggunakan internet sebagai bahan utama. Kini, maklumat dapat diperoleh dengan hanya di hujung jari sahaja. Selain itu, pengajaran dan pembelajaran juga adalah berbentuk konsep ‘Didik Hibur’. :))

Leave a comment »

Apa itu E-Pembelajaran / E-Learning?

Secara umumnya, E-Pembelajaran atau E-Learning adalah

‘Sebarang pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan rangkaian elektronik (LAN, WAN atau internet) untuk penyampaian isi kandungan, interaksi atau pemudahcaraan yang dapat meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran (Muhammad Sukri Saud, Mohd Anuar Abdul Rahman, Ting Kung Shiung 2007).

Internet, Intranet, tape audio/video, TV interaktif dan CD-ROM adalah sebahagian daripada media elektronik yang dimaksudkan di dalam kategori ini.  Pengajaran boleh disampaikan secara ‘synchronously’ (pada waktu yang sama) atau ‘assynchronously’ (pada waktu yang berbeza) (Jaya Kumar 2001Azizol 2011)’.

Saksikan video Pengenalan E-Pembelajaran dalam paparan berikut:

Terdapat pelbagai kebaikan e-pembelajaran. Di antaranya ialah:

  • jadual kuliah yang fleksibel
  • nota dan tutorial yang boleh didapati dari Internet serta perkuliahan secara on-line.
  • menjimatkan kos dan masa

Selain itu, kelebihan e-learning juga boleh dilihat seperti yang dipaparkan di dalam video tersebut: ‘The e-Learning advantages’

Secara keseluruhannya, saya mendapati e-pembelajaran ini merupakan suatu transformasi penyebaran maklumat yang sangat menarik. Dalam era informasi maklumat ini, saya dapati murid-murid saya nampaknya lebih tertarik dengan sesi persembahan pengajaran yang melibatkan penggunaan Google, You Tube dan Facebook. Pertukaran idea juga dapat dilakukan dengan lebih telus apabila semua murid dapat memberi maklum balas masing-masing. Situasi di mana murid yang sama sahaja memberi pendapat atau menjawab soalan juga dapat dielakkan.

Leave a comment »