Komponen E-Pembelajaran

Terdapat beberapa komponen penting yang terlibat dalam persekitaran e-pembelajaran ini seperti:

1-infrastruktur/perkakasan (ch. makmal komputer, komputer riba, talian rangkaian dan internet),

2-bahan kandungan pengajaran secara elektronik (ch. e-modul / multimedia courseware, nota kuliah secara elektronik, video dan audio),

3- sistem pengurusan e-pembelajaran (ch. Blackboard, WebCT, Moodle, Mambo, Learnmate, Lotus Learning Space, dan Kalaideskop),

4- kaedah komunikasi (ch. email, forum, chat, sms, dan email-group), polisi dan prosedur e-pembelajaran, dan sikap / amalan pengguna.

Rujuk web berikut untuk bacaan lebih lanjut: ‘Komponen e-Learning‘ dan ‘Explaining E-Learning to a Stranger’

Advertisements

Leave a comment »

Infrastruktur E-Pembelajaran

Infrastruktur E-Learning dapat berupa:

1. komputer / pc

komputer

                                                                              

jaringan komputer          

                      

                                                                                                                                                                  internet    

                                                                                                                                           

                                             kelengkapan multimedia/ cd pembelajaran interaktif

Bacaan lanjut: Aplikasi E-Learning dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah Malaysia :Isu dan Cadangan.

Leave a comment »

Teori-teori E-Pembelajaran

Teori Pembelajaran Sosial dan Humanis

Teori sosial atau neobehavioris menyarankan teori pembelajaran dengan menggabungkan mazhad behavioris dengan mazhad kognitif.

Teori Pembelajaran Sosial

Teori pembelajaran sosial melibatkan tiga unsur asas yang utama.  Di antaranya ialah individu (personal), persekitaran (enviroment) dan tingkah laku (behavior). Terdapat dua aspek kecekapan diri (self- efficacy) yang diaplikasikan dalam kajian ini iaitu kecekapan diri terhadap komputer dan kecekapan diri terhadap internet.

Bacaan lebih lanjut mengenai ini boleh didapati di dalam tesis bertajuk Kajian mengenai penggunaan E-Pembelajaran di kalangan pelajar jurusan Pendidikan Teknik dan Vokasional di Institusi Pengajian Tinggi (IPTA) negeri Johor oleh Ting Kung Shiung.

Di samping itu, anda juga boleh merujuk kepada video berikut :

Leave a comment »

Pedagogi e-Pembelajaran

Mari tonton video ini terlebih dahulu.. 🙂

Maka, apakah jawapan kepada soalan-soalan yang dikemukakan di dalam video itu sebentar tadi?

Menurut kertas kerja yang dihasilkan oleh Asia e University iaitu Dasar e-Pembelajaran Negara (DePAN) Untuk Institusi Pengajian Tinggi, pedagogi e learning meliputi :

  • online learning
  • distance learning
  • web-based learning
  • computer-aided instruction
  • network learning
  • interactive learning.

Bahan bacaan lanjut mengenai pedagogi boleh dibuat dengan merujuk buku berikut :

Pedagogi dan Pembangunan E-Pembelajaran di Institusi Pengajian Tinggi  dan Asas Pedagogi

Selain itu, terdapat 4 model strategi pelaksanaan e learning di sekolah yang boleh didapati di laman berikut: http://www.slideshare.net/niakpt6043/e-learning-4841

Pada pendapat saya, pedagogi e-learning merupakan satu kaedah pengajaran menggunakan internet sebagai bahan utama. Kini, maklumat dapat diperoleh dengan hanya di hujung jari sahaja. Selain itu, pengajaran dan pembelajaran juga adalah berbentuk konsep ‘Didik Hibur’. :))

Leave a comment »

Apa itu E-Pembelajaran / E-Learning?

Secara umumnya, E-Pembelajaran atau E-Learning adalah

‘Sebarang pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan rangkaian elektronik (LAN, WAN atau internet) untuk penyampaian isi kandungan, interaksi atau pemudahcaraan yang dapat meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran (Muhammad Sukri Saud, Mohd Anuar Abdul Rahman, Ting Kung Shiung 2007).

Internet, Intranet, tape audio/video, TV interaktif dan CD-ROM adalah sebahagian daripada media elektronik yang dimaksudkan di dalam kategori ini.  Pengajaran boleh disampaikan secara ‘synchronously’ (pada waktu yang sama) atau ‘assynchronously’ (pada waktu yang berbeza) (Jaya Kumar 2001Azizol 2011)’.

Saksikan video Pengenalan E-Pembelajaran dalam paparan berikut:

Terdapat pelbagai kebaikan e-pembelajaran. Di antaranya ialah:

  • jadual kuliah yang fleksibel
  • nota dan tutorial yang boleh didapati dari Internet serta perkuliahan secara on-line.
  • menjimatkan kos dan masa

Selain itu, kelebihan e-learning juga boleh dilihat seperti yang dipaparkan di dalam video tersebut: ‘The e-Learning advantages’

Secara keseluruhannya, saya mendapati e-pembelajaran ini merupakan suatu transformasi penyebaran maklumat yang sangat menarik. Dalam era informasi maklumat ini, saya dapati murid-murid saya nampaknya lebih tertarik dengan sesi persembahan pengajaran yang melibatkan penggunaan Google, You Tube dan Facebook. Pertukaran idea juga dapat dilakukan dengan lebih telus apabila semua murid dapat memberi maklum balas masing-masing. Situasi di mana murid yang sama sahaja memberi pendapat atau menjawab soalan juga dapat dielakkan.

Leave a comment »

Facebook Groups vs Facebook Pages??

Facebook-Groups-verses-Fan-Pages

Saya ada tiga akaun Facebook :FB peribadi, beberapa FB Groups yang saya ikuti (FB Groups sekolah tempat saya bkerja, kelab keluarga , alumni sekolah dsb) dan baru-baru ini FB Pages. Saya terjebak dalam FB Pages ni kerana asalnya atas alasan mencuba untuk mempromosi perniagaan kecil-kecilan. Ya, Facebook adalah platform yang sangat bagus untuk perniagaan terutamanya secara online.

Sebelum itu, mari kita lihat PERSAMAAN antara kedua-duanya

  • Kedua-duanya mempunyai wall untuk posting dan membolehkan untuk berkongsi gambar dan video.
  • Kedua-duanya membolehkan anda untuk menghantar mesej kepada semua ahli sekaligus.
  • Kedua-duanya membolehkan anda untuk membuat event.
  • Kedua-duanya boleh dipromosikan dengan Facebook ads.
  • Kedua-dua jenis laman ini menghantar kemas kini kepada ahli secara kerap.

Sekarang, mari kita lihat secara dekat apa yang Facebook Group boleh lakukan manakala Fan page tidak boleh lakukan.

  • Anda harus menjadi ahli Facebook sebelum boleh mengakses ke laman Group
  • Dibuat lebih kepada pengalaman peribadi memandangkan ia hanya terhad untuk 5000 ahli sahaja, seperti profil peribadi anda.
  • Segala sesuatu yang anda poskan ke kumpulan ini secara peribadi berkaitan dengan profil anda.
  • Laman Group tidak diindeks oleh search engine.
  • Anda tidak boleh membuat url peribadi untuk laman group anda.

Kini, mari kita lihat apa yang Fan page boleh lakukan pulak.

  • Anda boleh menambah aplikasi ke laman.
  • Setelah anda mempunyai lebih dari 25 fans, anda boleh mendapatkan url yang dikehendaki.
  • Laman Fan page diindeks oleh search engine
  • Laman Fan page sedia untuk masyarakat umum, sehingga orang yang tidak menjadi ahli Facebook pun boleh mengaksesnya.
  • Laman Fan page boleh dicustomised! Ia disebut FBML. FBML adalah Facebook Mark-up Language yang membolehkan anda untuk kod gambar, flash, video dan kandungan lain ke laman Facebook anda.
  • Laman Fan page tidak mempunyai had limit kawan.
  • Ciri yang paling menarik pada saya tentang FB Pages adalah kebolehan untuk membuat Scheduled Posts. Maksudnya kita boleh merancang post-post yang akan keluar mengikut masa yang telah kita rancang terlebih dahulu. Bagi urusan promosi, ini sangat-sangat menyeronokkan. FB tetap bekerja untuk kita sekalipun kita sedang makan kenduri..memandikan anak..membeli keperluan rumah..dsbnya…  :))

Jadi mana satu yang anda harus pilih. Pastinya Fan page kerana terlalu banyak kelebihannya. Jom! bina Fan pages anda dan kongsikannya disini. Sebelum itu, klik like pada fan pages yang baru saya bina dulu

DUNIA vitamin

Terima Kasih.. :))

Leave a comment »